Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat-sahabatku…semoga kita semua sihat sejahtera. Aaminn. Semalam saya buka Face book saya yang selalu dijadikan tempat untuk merungkai kata-kata yang termaktub di laman nurani ini. Rupanya ada sahabat yang kongsikan gambar ini kepada saya. Melihat gambar ini teringat memori zaman ketika saya masih budah hingusan. Nak tahu apa gambar yang mengembalikan nostalgia itu? hah, ini dia..
Agak-agak yang mana satu permainan yang saya tidak pernah main? cuba teka? saya kira sampai 10…
1…2…3..4…5…6…7…8..9..10…masa dah habis…
Dah teka dah ke? yang mana…no 1? bukan, no 2, pun bukan, no 3? pun bukan…jadi mana? no 7? hmmm, anda gagal menekanya.
Sebenarnya semua permainan di atas tu semua saya main. Main guli atau meriam tu pun saya selalu main. Ingat lelaki je yang boleh main meriam dan main guli? saya pun main juga. Bak kata saya sendiri, semua saya bantai…malah pernah juga bertumbuk dengan lelaki masa sekolah rendah. Bukan kat sekolah tapi di halaman rumah. Puncanya kawan saya tu nak ajak bertumbuk dan saya okey je. Tanpa sebarang ilmu mempertahankan diri saya bantai kawan saya tu habis-habisan. Teruk juga dia saya buat masa tu. Bila ingat balik rasa bersalah pula dan sejak hari itu saya berazam tak mahu bergaduh atau bertumbuk dengan lelaki. Jadi wanita sejati lah kononnya. Tapi akhirnya saya terpaksa berlawan pula dengan lelaki masa di universiti. Yelah, nak buat maca mana nak naik tali pinggang merah kenalah berlawan satu lawan lima tak kira lelaki atau perempuan. Kadang-kadang satu lawan sepuluh orang tak kira jantina juga. hmmm, tapi Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kenaikan tu walau tak sempat sambung untuk ke peringkat seterusnya. Kekadang terfikir juga, boleh ke saya praktikkan semua ilmu itu apabila berada dalam keadaan genting. hmmm, hanya Dia yang mengetahuinya.
Baiklah sambung pasal gambar tu. Selain permainan yang ada dalam gambar tu, terdapat banyak lagi permainan yang mengisi masa lapang saya sewaktu kecil dan setiap permainan itu ada kisah yang tersendiri. Sememangnya zaman kanak-kanak saya sangat menyoronokkan. Saya bermain dengan alam semulajadi, bermain secara nyata bukan permainan zaman sekarang yang menggunakan komputer dan internet. Sesungguhnya permainan zaman dulu adalah permainan yang menguji kebijaksanaa, keberanian, ketabahan, kekuatan mental dan fizikal dan semualah kerana kita sendiri yang mengalaminya, melakukan, dan merasainya.Hmmm ada masa, saya akan cuba ceritakan kisah satu demi satu gambar di atas. hmmm, kau cerita dan kau je yang baca ye sujana. Tak dan orang lain nak baca kisah kau ni sebab mereka pun ada kisah tersendiri pasal gambar ni. Malah cerita mereka jauh lebih drastik berbanding kisah kau. Okey, tak apalah. Saya je yang baca pun tak apa. Inikan blog saya. hohoho
Baiklah sampai jumpa lagi sahabat semua…salam
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan