Bagaimanapun, apabila kerja-kerja mengeluarkan kereta itu dari dalam air dilakukan, mereka mendapati hanya bayi itu, Lily Groesbeck menjadi satu-satunya penumpang yang masih hidup selepas 14 jam kemalangan berlaku.





Ibu bayi itu, Lynn Jennifer, 25, dipercayai meninggal dunia sejurus kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban ke dalam sungai, sekali gus adalah mustahil bagi wanita tersebut meminta tolong orang ramai supaya menyelamatkan anaknya.





"Selama dua malam saya terjaga bagi mencari kepastian akan perkara sebenar yang berlaku.


"Apa yang saya tahu, suara itu memang ada dan kami semua mendengarnya, sekali gus menjadi motivasi tambahan buat kami,'' kata anggota polis dari Spanish Fork, Tyler Beddoes sebagaimana lapor Mail Online, kelmarin.





Empat orang petugas ini mendengar suara seorang wanita yang meminta pertolongan | foto: copyright dailymail.co.uk