Bismillahirahmanirrahim
Koleksi Majalah Mastika yang berada dalam simpanan saya. Dulu, saya selalu disajikan daripada orang yang berilmu bahawa majalah-majalah seperti ini tidak mendatangkan kebaikana pun. Majalah ‘Picisan’ katanya. lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Tapi sebenarnya itu semua tidak benar (bagi saya, tak tahu bagi kalian pula), pada saya majalah seperti ini sangat mempengaruhi seluruh aspek kehidupan kita. baiklah, mari saya bawa kalian untuk membongkar satu persatu majalah ini.
Majalah ini menceritakan kisah insan-insan yang dahulunya berada dalam lingkungan kegelapan akhirnya kembali kepada Allah SWT. Kisah-kisah mereka sangat menarik untuk dijadikan iktibar dan penguat hati kita untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. Saya teringat catatan Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya “Travelog Dakwah meniti hari esok” tentang nasihat kawannya suatu waktu dulu semasa zaman kejahilan menguasai dirinya. Kata sahabat karibnya itu kepadanya:
“Mil, kamu masih tidak berubah. Sedikit pun tidak berubah. Jahat tidak, baik sangat pun tidak. Hidup kita perlu berubah supaya menjadi manusia yang lebih baik. Matlamat hidup perlu sesuai dengan kehendak Allah. Sembahyang jangan tinggal. Sekiranya boleh, berjemaahlah.”
Membaca kata-kata sahabatnya itu membuatkan saya mula mencerna otak untuk melihat semua kelemahan diri saya dan bila mengingat semua itu, sungguh saya tidak menyangka begitu banyak kelemahan yang ada dalam diri saya sama ada tersembunyi mahupun tidak. Semoga kita semua sentiasa terpilih untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai, dirahmati dan selalu istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Aaminn.
Kisah-kisah dalam cerita ini banyak mengingatkan saya tentang kematian. Sungguh membacanya membuatkan saya mula mencongak bagaimana pengakhiran hidup ini dan pengakhiran hidup insan lain. Sesungguhnya buku ini sangat memberi iktibar kepada kita. Saya teringat kata-kata seorang alim ulama Imam Al-Ghazali kepada anak-anak muridnya:
Yang paling dekat itu: Mati
Yang paling jauh itu: Masa lalu
Yang paling besar itu: Nafsu
Yang paling berat itu: Memegang amanah
Yang paling ringan itu: Meninggalkan solat
Yang paling tajam itu: Lidah manusia
Sahabat-sahabatku, semoga kita termasuk dalam kalangan manusia yang sentiasa mengingati mati, memanfaatkan masa yang ada ketika hidup,dapat mengawal nafsu yang sentiasa mengekori kita, menjadi orang yang sentiasa memegang amanah apabila diberi tanggungjawab, tidak meninggalkan solat dan sentiasa menjaga lidah daripada bercakap perkara yang lagha.Aaminn
Ini adalah Majalah edisi ke-3 Mastika dalam menceritakan kisah-kisah dari Mekah. Membaca kisah mereka dan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di sana membuatkan saya tertarik untuk pergi ke sana. Insya Allah moga kita semua diizinkan oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah SWT yang makmur itu. Insya Allah jika Allah izinkannya, saya ingin menunaikan haji untuk diri sendiri dan haji untuk arwah ibu dan ayah yang saya sayang di dunia dan akhirat. Moga impian itu akan tercapai jua nanti bila tiba masanya.
Baiklah sampai di sini saja catatan saya kali ini. sampai jumpa lagi sahabat-sahabatku…salam
.jpg)
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan