Khamis, 12 Mac 2015

Duhai Hati, Tenanglah Dikau

'Duhai Hati, Tenanglah Dikau'

Bismillahirahmanirrahim


Duhai hati

tenanglah dikau

mengapa mesti mengeluh

terimalah kekecewaanmu

dengan penuh keredhaan

sesungguhnya Allah menyukai

jiwa hamba-Nya yang sentiasa tenang.

Duhai hati

tenanglah dikau

mengapa mesti kecewa

mengapa mesti bersedih

mengapa mesti mengalah

Ingatlah!

di sebalik kegagalan akan ada kejayaan

di sebalik kejayaan akan ada kegagalan

di sebalik kehidupan akan ada pahit manisnya.

Duhai hati

tenangkan hatimu

berusahalah menerima kegagalan

kerana di sebalik yang tersirat

Tuhan sudah tetapkan hikmahnya

usah menangis

usah tangisi kegagalanmu.

Duhai hati

sabarkanlah hatimu

tabahkanlah hatimu

carilah pengajaran di sebalik kekusaman itu

carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat

dan

carilah hikmah di sebalik kegagalanmu

Ingatlah

bahawa tidak semuanya apa yang kita

inginkan akan menjadi kenyataan.

Juga

tidak semua apa yang kita miliki

akan kekal bersama kita

jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur

dengan nikmat yang Dia berikan

belajarlah menerima Qada dan Qadar

yang sudah tersimpan di lauh mahfuz.

Belajarlah menerima kekalahan

Duhai hati!

S. Hana AK

21 Mei 2010 (Jumaat)

18.50 Pm

KHAR, UPSI

LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan